Friday, May 29, 2009

Shutter Speed



A.) Teknik shutter speed yang digunakan pada air terjun ( 5 saat )



B.) Teknik shutter speed yang digunakan pada objek yang bergerak ( 1/100 saat )




C.) Teknik shutter speed yang digunakan pada air pancut ( 1/100 saat )

Teknik shutter speed ini merupakan satu lagi kelebihan kepada setiap pengguna kamera digital atau pun lebih dikenali sebagai DSLR, Apa itu DSLR?... Digital Single Lense Reflex, jenis kamera ini tidak menggunakan filem (kodak) sebagai penyimpan objek yang ditangkap tetapi menggunakan kad memori (SD Card).
Berbalik pada teknik shutter speed?, Apakah yang dimaksudkan dengan shutter? Shutter merupakan bukaan lense yang terhasil selepas kita menekan butang untuk menangkap gambar, untuk menjadikan objek yang sedang bergerak dengan laju menjadi pegun, shutter hendaklah ditetapkan pada kadaran yang cepat. contoh kadaran kawalan yang selalunya ada pada setiap DSLR :-

1/1000 s - bukaan shutter bersamaan 1/1000 saat (cepat)
1/500 s
1/250 s
1/125 s
1/60 s
1/30 s
1/15 s
1/8 s
1/4 s
1/2 s
1 s - bukaan shutter bersamaan 1 saat (lambat) simbol pada DSLR adalah 1"

Dengan mengetahui teknik kawalan shutter ini kita dapat menghasilkan pelbagai jenis gambar yang berbeza mengikut kelajuan shutter tersebut. Seperti contoh gambar yang saya berikan pada gambar ( A ) shutter speed yang dilakukan adalah lama, iaitu selama 5 saat dengan ini kita dapat melihat aliran air yang mengalir seolah² seperti sehelai kain putih, manakala bagi gambar ( B ) dan ( C ) pula shutter speed yang digunakan laju maka objek seolah² menjadi pegun pada keadaan itu.

No comments:

Post a Comment