Tuesday, December 8, 2009

Single but not available...day 4



4 hari lagi, sesak juga rupanya masuk² keje je ramai orang tanya tak cuti lagi ke? bila cuti? nasib cuti aku tak cukup kalau tidak dari minggu ni lagi aku dah menghilangkan diri, so bila lagi 4hari ni macam² lah yang kena dekat aku,salah tulis dikata teringat benda lain, tersilap cakap dikata fikiran dah melayang, aduss nasib ko lah telinga tahan jelah lagipun best sebenarnya benda² macamtu, bukan selalu but hari ini sibuk sikit..banyak kerja² aku kasi settle yelah nanti nak cuti panjang kang menyusahkan orang lain pulak tapi yang mana aku termampu jelah yang tak siap tu paham² jelah erk.

Bila dah dekat macamni teruja jugak rasanya bilalah nak settle part yang bersalam² tu,hahaha biarlah apa jadi sekalipun aku layan je janji majlis tu nanti berjalan dengan lancar aminn..

Monday, December 7, 2009

Single but not available...day 6 (sweet 5)


Perrrgghh..serabut kepala aku dibuatnya, macam² hal berlegar² dalam kepala ni..tak ubah macam dekat airport masa musim haji, so tinggal 6 hari lagi...dah bersedia ke? dah ready ke? semua dah siap? ermm..sedia ke tak aku pun tak tau nak habaq macamne,dah kot erm tapi hari ni genap usia perkenalan kitaorang 5tahun,dan yang paling penting..............

~SELAMAT HARI LAHIR SAYANG~
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Sharidah
Happy birthday to youuu...

thanks banyak² layan kerenah yang macam² selama ni, dari mata turun ke hati.. tulah dulu jeling² lagi kan dah sangkut sekarang,niat dihati nak cari yang dekat² je rasanya dulu tapi bila dah macamni baru perasan rupa²nya pusat ni dalam sangat setakat tanam tiang konkrit nak buat rumah flat 5tingkat selamber kot..apa² pun aku bersyukur padaMU dengan limpah dan kurnia yang engkau berikan padaku selamani amin..
DISEMBER bulan yang paling best masa aku sekolah dulu² yeahhh.. cuti sekolah!!! paling lama..paling panjang..dan paling lama tak bukak buku sekolah neway sekarang situlah segala²nya.

Jadi tinggal 6hari lagi,bagi aku takde apa yang lain still macam biasa..nak kata ada dup dap dalam hati belum lagi erm mungkin tak kena salam dengan kadi lagi kot,so bawak²lah tido esok nak kerja lagi...

Saturday, December 5, 2009

Majlis Perkahwinan / Walimatulurus






Dengan sukacitanya saya ingin menyemput sesiapa yang mengenali diri saya untuk hadir ke majlis perkahwinan saya, yang akan berlangsung pada :-

Tarikh : 19hb Disember 2009
Tempat : 25,Hala Taman Meru 7, Taman Meru 2B, 30020 Ipoh
Semoga kehadiran Tuan/Puan dapat memeriahkan lagi majlis saya nanti, sekian terima kasih.

Wednesday, July 8, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU ~RASUL & ERNIE~



Sabtu 040709, Tahniah Rasul dan pasangannya Ernie, Selamat Pengantin Baru semoga kekal hubungan tersebut hingga ke anak cucu. Tak lupa juga kepada semua warga HSBB 5/2009 yang sudi menghadirkan diri ke majlis tersebut, walaupun masing² sibuk dengan tugas dan juga tanggungjawap, namun sempat juga meluangkan sedikit masa untuk bertemu bersama rakan² yang lain di Majlis yang cukup bermakna buat pasangan Rasul & Ernie.
P. Ramlee & Saloma
~Sedangkan Lidah Lagi Tergigit~
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat
Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Tuesday, July 7, 2009

Selamat Tinggal...

Picture credit to - http://ridwansyahyusufachmad.wordpress.com/2009/06/21/selamat-tinggal/


Selasa 070709, Selamat tinggal kawanku ataupun sahabatku! tapi sapa yang ngaku kawan? sapa yang ngaku sahabat? apa makna kawan, apa makna sahabat bagi kau, 26tahun usia aku dan hampir usia itu jugalah perkenalan kita sebagai kawan, walaupun pelbagai gelaran di panggil kita tetap kawan. Memang benar kata orang kawan sejati memang susah nak cari, dan aku juga bukan insan yang sempurna tapi tanpa kawan seperti kau, hidup aku belum tentu merana. Itu hakikat yang aku rasa, kalau aku penyebab segala biar aku tanggungnya di akhirat nanti cuma satu prinsip aku, jangan mimpi aku jilat ludah aku sendiri!!

Memang pelik jadi orang macam aku,memang aku cepat marah cepat naik hangin,itu kelemahan aku tapi aku tau aku bukan kaki pengampu,sanggup jadi lalang asalkan segala selera,keinginan kau menjadi kenyataan. Kenapa mesti menjadi sombong dalam hidup ini, kenapa kena tunjuk harta benda yang bukan dari titik peluh sendiri, kenapa segan nak mengaku lemah dikhalayak kawan yang lain, kenapa bila bercakap umpama diri kau yang paling hebat dalam dunia nih!!! sempurna sangat ke..sempurna sangat ke...

Kau mengaku sebagai sahabat aku,banyak benda aku persoalkan tapi apa yang kau ingat... semuanya kau kata kau lupa, ok biar aku cerita kejadian yang jadi dekat aku, yang dilakukan oleh insan yang mengaku sahabat.

* aku ajak kau keluar, sebab aku nak pergi repair hp aku. aku tau dalam poket kau waktu tu satu kepala Agong pun kau takde,jgn kata Agong silap² congkak pun takde. So fine aku ajak kau jalan² lepak². Masuk kedai cina tu,aku tanya "Kak,boleh repair ke bateri hp nie". cina tu pun dasar lahanat selamba je cakap "buang tong sampah loo". dan kau dengan selamba gelak besar dalam kedai itu!!! yup aku tau kelakar tapi dimana letak moral kau sebagai sahabat aku!!! dari ground floor aku sound ko dalam lif sampai 4th floor, tau ko malu suruh perlahankn suara tapi keluar je lif aku terus ajak ko makan kan, lepas tu boleh gelak sama² lagi...lama tak tempoh aku hangin dgn ko dr ground floor sampai 4th floor?

Aku tau salah cerita macamni ada setengah kata aku mengungkit!! terpulang itu dalam hati aku dengan yang Esa, but aku tak pernah rasa perasaan itu sekali pun aku nak bercerita.

*Hp kau hilang kena rembat dengan member study kau, kau ingat macamne aku teman kau seminggu berapa kali pergi jumpa mak dia dekat balai polis ipoh tu, apa ayat yang keluar dari mulut kau dari waktu mula tu?diam membisu kecut tenggelam semuanya..sapa yang mintak gantikan? sapa yang berusaha mcm hp tu dia yang punya? aku...ke kau? dan last apa janji kau pada aku ni "gua kasi lu serat' cha,kalau settle nanti". Lepas kau dapat ganti rugi, apa aku dapat???

lagi sekali aku katakan bukan nak ungkitlahhhh....aku anggap kawan kira burnlah, sapa² baca pun jgn sibuk² nak bagitau mintak bayar, InsyaAllah rezeki aku mampu lagi tanggung duduk dekat metropolitan nih.

*Kau bangga kerja QC dekat kilang besi, aku study time tu sorang kawan kita takde kerja dan tengah sibuk cari kerja, kau yang baru dua bulan kerja dan dalam dua bulan tu bagai setengah mati kerja 7pagi keluar 10malam balik sabtu ahad kerja, bila hujung bulan dapatlah 2.3k - 2.4k betul, bangga!! yeah bangga dengan kerja yang kau lakukan bila orang tanya macamne dapat kerja, dengan bangga kau kata hasil usaha kau mintak sendiri!!! walhal...kau lupa sorang insan yang susah payah amik tahu pasal hidup kau dan last² kau campak macam kain buruk je insan tu! kerja pun orang mintakan poyolah...bila insan tu tanya ngapa kau tipu apa kau cakap? malulah depan kengkawan..apalah punya lelaki jadik jantan lagi bagus, malukan orang lelakilah kau. kawan kita tu takde keje, kau tayang slip gaji kau time tu poyo ke tayang slip gaji?? belum pernah ada kawan aku tayang slip gaji, ko sijil dia diploma kau janji yang bukan² last² bila mamat tu masuk kerja jadik lap besi yang kau QC, kerja kau tiap hari maki si lap besi!!!! telinga aku dekat kedah hari² dapat cerita pasal kau. Gilalah cara kau!!

*Lagi cerita masa kecik time tadika/mengaji kau kena denda ketuk ketampi, hahah padan muka kau aku letak pensel dekat bontot kau, patah mata pensel tu tepat kena bontot kau terbenam hahaha...malam tu kakak kau datang rumah panggil aku,jumpa family kau..aku tipu mak ayah aku "buat jahat jangan susahkan hati diaorang" tapi mak aku dapat gak tau last²nya, itulah hati mak! love u mak..aku gentle datang rumah kau, berapa umur aku time tu!!!!tadika..kiralah sendiri, arwah ayah kau sound aku mak kau kakak kau pun pandang aku slack yelah anak jantan sorang bongsu pulak tuh, aku buat bodo je..walhal dari kecik aku kena macam² dengan kawan² jatuh, gaduh, dagu aku terkoyak 6 jahit, kepala kena batu, balik rumah kalau mak ayah aku tau aku kena belasah macam kucing kurap TAPI!!! itu didikan mak ayah aku bagi,bukan tak sayang anak tapi sendirik mau ingatlah!!! bukan nak kata apa tapi besoknya kau pergi klinik petang itu kau datang rumah nak tunjuk aku benda yang terbenam dalam bontot kau itu, kau ingat apa yang kau tunjuk? mata pensel siap dengan kulit lepas asah pensel!!!! gila ke aku cucuk je bukan asah dekat bontot kau tapi aku tau bukan kau punya idea kau pun tadika bodoh!! sapa bagi idea, didikan sapa, yang kau dapat terpulang kalau yang dah pergi aku sedekahkan Al-Fatihah, aku bukan tak hormat orang tapi jangan ingat aku budak akal aku pendek.

Biarlah aku balik tenangkan diri aku, esok lusa aku sambung lagi....

Tuesday, June 23, 2009

Pesta Malam Indonesia 3

Kumpulan PADI membuat persembahan


Sabtu 20hb.Jun 2009, satu pesta telah diadakan diperkarangan tempat letak kereta A, di Stadium Bukit Jalil. Pada mulanya aku memang malas nak tengok benda2 macam ni yelah dengan sesaknya, cuaca panasnya...tapi bila dipikirkan benda ni pengalaman baru bagi aku yang tak penah snap gambar dalam event begini aku pun hadirkan diri,itupun sebab tiket free yang diberikan member serumah aku, kalau tidak jangan haraplah aku nak korbankan duit RM63 semata-mata nak layan lagu² mat endon nih.

Bagi aku pesta ni biasa jelah sama jugak seperti konsert penyanyi Malaysia kita,cuma yang membezakan dekat sinilah aku boleh nampak beratus pendatang asing dari negara Indonesia yang datang meraikan band² dari negara diaorang sendiri,tak kira yang ada permit ataupun tak sebabnya time ni bukan ada pihak kuasa yang nak pantau diaorang ni ada permit ke tak, yang penting layannnnnnn.......(bak kata fafau dalam melodi).

Apa yang nak aku ceritakan dekat sini adalah mentaliti warga negara tersebut, diaorang ni memang lain macamlah,warga ni akan jadi fanatik bila artis diaorang ni menyanyikan lagu,tak kiralah lagu tu rentak rock ke lemah gemalai ke jiwang ke diaorang akan menjerit², terlompat², dan yang paling pelik diaorang naik atas kawan diaorang lepas tu bukak baju sambil kibarkan baju tu dekat penonton yang lain...apa maksud korang dengan kibarkan baju tu?nak kata mahal, kompom boxer yang aku pakai time tu lagi mahal. Kalau badan tu ala² Arnold Schwarzenegger takdelah pulak tapi itulah kenyataan yang aku lihat. (dalam gambar tu pun korang boleh nampak).

Bagi si gadis, memang time ni lah waktu paling sesuai nak bergayakan, dengan baju tak cukup kainnya, londeh sana londeh sini, ermm...aku bukan nak kata aku ni paling baik paling sempurna ataupun paling comel (lagu acik spin), dunia dah nak akhir zaman tapi kita still angap semua benda tu tak up to date kalau tak dilakukan,segan bila kawan² kata kita dress stail kampung, yolah bandar sangat lah korang tu!!! tu belum kira penyanyi PADI yang siap kibar bendera Indonesia lagi waktu buat show tuh, bukan game bola MAS vs IND sampai nak kibar² bendera!

Tapi bagi band local yang mantap hari tu JINBARA! gua suspek sama lu olang vokal korang memang mantap,kena pulak lagu Cinta pantai Merdeka tu fuhhh goyang kaki aku time tu, apa² pun aku rasa benda macamni taklah best bangat!! kena pulak bukan band dari Malaysia yang buat show hari tu, so lain kali kalau ada pesta macamni "tepuk dada,tanya selera" nak joint ke tak.

Tuesday, June 2, 2009

From Jakarta With Love ~ 300509 ~





Sabtu 30hb.Mei 2009, mak & ayah pergi bercuti ke jakarta bersama dengan kelab Pelitawanis T.N.B. Rombongan yang menaiki penerbangan KL0809 dari KLIA telah membawa 34 peserta rombongan daripada kelab tersebut. Percutian selama 4hari 3malam ini akan membawa peserta rombongan melawat kawasan sekitar Jakarta,bandung dan tempat² lain.

Yang pasti akulah orang yang paling best sekali time tu huhu walaupun bukan aku yang pergi sebenarnya,yelah sejak lepak dekat bandar metropolitan ni memang terhad sangat masa yang aku ada nak balik kampung halaman, itu pun nak kena tunggu cuti² ganti ke cuti umum ke huhu nak safe annual leave lah katakan huhu so bila diaorang nak pergi Jakarta ni dapatlah jugak jumpa dekat KLIA, kira terubat jugaklah rindu tu...mom..dad..Love u!!

Yang kedua best sangat bila puteri kecik tu tak dapat ikut huhu, yelah awak tu dah besor kasik peluang ler dekat ayah mak tu nih asyik nak berkepit celah ketiak mak je...memang seronok dapat peluang tengok negara orang ni walaupun buat masa sekarang ni, aku tak berpeluang insyaAllah satu masa rezekiku pasti akan sampai...ammin.

Lagipun aku memang dah lama nak lepak area KLIA sebenarnya, nak try jugak snap³ pemandangan area airport tu, kebetulan gamaknya hari tu hari sabtu bila aku kira², dekat 10 photographer jugaklah yang berkeliaran sekitar airport tu, dapatlah sekeping dua yang mana kalau ikut pandangan mata aku tu kira oklah gambar tu daripada takde langsung.

ermm..so bila dah pukul 1645, flight pun dah go baby go..aku pun cabutlah, ngam² je aku nak angkat kaki..hp aku bunyi pulak, SAC call..."Hello, en.asreen ke....err..standby kan hari ni" iyelah aku datang bagi aku sejam...jauh nih!