Wednesday, July 8, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU ~RASUL & ERNIE~



Sabtu 040709, Tahniah Rasul dan pasangannya Ernie, Selamat Pengantin Baru semoga kekal hubungan tersebut hingga ke anak cucu. Tak lupa juga kepada semua warga HSBB 5/2009 yang sudi menghadirkan diri ke majlis tersebut, walaupun masing² sibuk dengan tugas dan juga tanggungjawap, namun sempat juga meluangkan sedikit masa untuk bertemu bersama rakan² yang lain di Majlis yang cukup bermakna buat pasangan Rasul & Ernie.
P. Ramlee & Saloma
~Sedangkan Lidah Lagi Tergigit~
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat
Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Tuesday, July 7, 2009

Selamat Tinggal...

Picture credit to - http://ridwansyahyusufachmad.wordpress.com/2009/06/21/selamat-tinggal/


Selasa 070709, Selamat tinggal kawanku ataupun sahabatku! tapi sapa yang ngaku kawan? sapa yang ngaku sahabat? apa makna kawan, apa makna sahabat bagi kau, 26tahun usia aku dan hampir usia itu jugalah perkenalan kita sebagai kawan, walaupun pelbagai gelaran di panggil kita tetap kawan. Memang benar kata orang kawan sejati memang susah nak cari, dan aku juga bukan insan yang sempurna tapi tanpa kawan seperti kau, hidup aku belum tentu merana. Itu hakikat yang aku rasa, kalau aku penyebab segala biar aku tanggungnya di akhirat nanti cuma satu prinsip aku, jangan mimpi aku jilat ludah aku sendiri!!

Memang pelik jadi orang macam aku,memang aku cepat marah cepat naik hangin,itu kelemahan aku tapi aku tau aku bukan kaki pengampu,sanggup jadi lalang asalkan segala selera,keinginan kau menjadi kenyataan. Kenapa mesti menjadi sombong dalam hidup ini, kenapa kena tunjuk harta benda yang bukan dari titik peluh sendiri, kenapa segan nak mengaku lemah dikhalayak kawan yang lain, kenapa bila bercakap umpama diri kau yang paling hebat dalam dunia nih!!! sempurna sangat ke..sempurna sangat ke...

Kau mengaku sebagai sahabat aku,banyak benda aku persoalkan tapi apa yang kau ingat... semuanya kau kata kau lupa, ok biar aku cerita kejadian yang jadi dekat aku, yang dilakukan oleh insan yang mengaku sahabat.

* aku ajak kau keluar, sebab aku nak pergi repair hp aku. aku tau dalam poket kau waktu tu satu kepala Agong pun kau takde,jgn kata Agong silap² congkak pun takde. So fine aku ajak kau jalan² lepak². Masuk kedai cina tu,aku tanya "Kak,boleh repair ke bateri hp nie". cina tu pun dasar lahanat selamba je cakap "buang tong sampah loo". dan kau dengan selamba gelak besar dalam kedai itu!!! yup aku tau kelakar tapi dimana letak moral kau sebagai sahabat aku!!! dari ground floor aku sound ko dalam lif sampai 4th floor, tau ko malu suruh perlahankn suara tapi keluar je lif aku terus ajak ko makan kan, lepas tu boleh gelak sama² lagi...lama tak tempoh aku hangin dgn ko dr ground floor sampai 4th floor?

Aku tau salah cerita macamni ada setengah kata aku mengungkit!! terpulang itu dalam hati aku dengan yang Esa, but aku tak pernah rasa perasaan itu sekali pun aku nak bercerita.

*Hp kau hilang kena rembat dengan member study kau, kau ingat macamne aku teman kau seminggu berapa kali pergi jumpa mak dia dekat balai polis ipoh tu, apa ayat yang keluar dari mulut kau dari waktu mula tu?diam membisu kecut tenggelam semuanya..sapa yang mintak gantikan? sapa yang berusaha mcm hp tu dia yang punya? aku...ke kau? dan last apa janji kau pada aku ni "gua kasi lu serat' cha,kalau settle nanti". Lepas kau dapat ganti rugi, apa aku dapat???

lagi sekali aku katakan bukan nak ungkitlahhhh....aku anggap kawan kira burnlah, sapa² baca pun jgn sibuk² nak bagitau mintak bayar, InsyaAllah rezeki aku mampu lagi tanggung duduk dekat metropolitan nih.

*Kau bangga kerja QC dekat kilang besi, aku study time tu sorang kawan kita takde kerja dan tengah sibuk cari kerja, kau yang baru dua bulan kerja dan dalam dua bulan tu bagai setengah mati kerja 7pagi keluar 10malam balik sabtu ahad kerja, bila hujung bulan dapatlah 2.3k - 2.4k betul, bangga!! yeah bangga dengan kerja yang kau lakukan bila orang tanya macamne dapat kerja, dengan bangga kau kata hasil usaha kau mintak sendiri!!! walhal...kau lupa sorang insan yang susah payah amik tahu pasal hidup kau dan last² kau campak macam kain buruk je insan tu! kerja pun orang mintakan poyolah...bila insan tu tanya ngapa kau tipu apa kau cakap? malulah depan kengkawan..apalah punya lelaki jadik jantan lagi bagus, malukan orang lelakilah kau. kawan kita tu takde keje, kau tayang slip gaji kau time tu poyo ke tayang slip gaji?? belum pernah ada kawan aku tayang slip gaji, ko sijil dia diploma kau janji yang bukan² last² bila mamat tu masuk kerja jadik lap besi yang kau QC, kerja kau tiap hari maki si lap besi!!!! telinga aku dekat kedah hari² dapat cerita pasal kau. Gilalah cara kau!!

*Lagi cerita masa kecik time tadika/mengaji kau kena denda ketuk ketampi, hahah padan muka kau aku letak pensel dekat bontot kau, patah mata pensel tu tepat kena bontot kau terbenam hahaha...malam tu kakak kau datang rumah panggil aku,jumpa family kau..aku tipu mak ayah aku "buat jahat jangan susahkan hati diaorang" tapi mak aku dapat gak tau last²nya, itulah hati mak! love u mak..aku gentle datang rumah kau, berapa umur aku time tu!!!!tadika..kiralah sendiri, arwah ayah kau sound aku mak kau kakak kau pun pandang aku slack yelah anak jantan sorang bongsu pulak tuh, aku buat bodo je..walhal dari kecik aku kena macam² dengan kawan² jatuh, gaduh, dagu aku terkoyak 6 jahit, kepala kena batu, balik rumah kalau mak ayah aku tau aku kena belasah macam kucing kurap TAPI!!! itu didikan mak ayah aku bagi,bukan tak sayang anak tapi sendirik mau ingatlah!!! bukan nak kata apa tapi besoknya kau pergi klinik petang itu kau datang rumah nak tunjuk aku benda yang terbenam dalam bontot kau itu, kau ingat apa yang kau tunjuk? mata pensel siap dengan kulit lepas asah pensel!!!! gila ke aku cucuk je bukan asah dekat bontot kau tapi aku tau bukan kau punya idea kau pun tadika bodoh!! sapa bagi idea, didikan sapa, yang kau dapat terpulang kalau yang dah pergi aku sedekahkan Al-Fatihah, aku bukan tak hormat orang tapi jangan ingat aku budak akal aku pendek.

Biarlah aku balik tenangkan diri aku, esok lusa aku sambung lagi....