Friday, May 29, 2009

Shutter Speed



A.) Teknik shutter speed yang digunakan pada air terjun ( 5 saat )



B.) Teknik shutter speed yang digunakan pada objek yang bergerak ( 1/100 saat )




C.) Teknik shutter speed yang digunakan pada air pancut ( 1/100 saat )

Teknik shutter speed ini merupakan satu lagi kelebihan kepada setiap pengguna kamera digital atau pun lebih dikenali sebagai DSLR, Apa itu DSLR?... Digital Single Lense Reflex, jenis kamera ini tidak menggunakan filem (kodak) sebagai penyimpan objek yang ditangkap tetapi menggunakan kad memori (SD Card).
Berbalik pada teknik shutter speed?, Apakah yang dimaksudkan dengan shutter? Shutter merupakan bukaan lense yang terhasil selepas kita menekan butang untuk menangkap gambar, untuk menjadikan objek yang sedang bergerak dengan laju menjadi pegun, shutter hendaklah ditetapkan pada kadaran yang cepat. contoh kadaran kawalan yang selalunya ada pada setiap DSLR :-

1/1000 s - bukaan shutter bersamaan 1/1000 saat (cepat)
1/500 s
1/250 s
1/125 s
1/60 s
1/30 s
1/15 s
1/8 s
1/4 s
1/2 s
1 s - bukaan shutter bersamaan 1 saat (lambat) simbol pada DSLR adalah 1"

Dengan mengetahui teknik kawalan shutter ini kita dapat menghasilkan pelbagai jenis gambar yang berbeza mengikut kelajuan shutter tersebut. Seperti contoh gambar yang saya berikan pada gambar ( A ) shutter speed yang dilakukan adalah lama, iaitu selama 5 saat dengan ini kita dapat melihat aliran air yang mengalir seolah² seperti sehelai kain putih, manakala bagi gambar ( B ) dan ( C ) pula shutter speed yang digunakan laju maka objek seolah² menjadi pegun pada keadaan itu.

Tangisan Februari...?


Pada hari khamis malam jumaat bersamaan 17hb Februari 1983 tepat pada pukul 11.30malam waktu malaysia, lahirlah seorang lagi zuriat milik pasangan Walid B. Ahmad dan Norasiah Bt. Musa, dilahirkan disebuah rumah yang terletak di Kg.Kurnia, Kampar Perak. Dengan laungan azan yang dilafazkan pada telinga anak kecil ini yang diberi nama Sayrul Asreen maka bermulalah kisah seribu satu cerita yang sering dilakukan oleh anak kecil ini seiring dengan usianya sehinggalah meningkat usianya sehingga kini.
Menjadi anak kedua merangkap jawatan anak bongsu pada ketika itu,abang si kecil ini yang baru berusia 2 tahun berasa gembira kerana dia mempunyai seorang adik baru yang bakal menjadi kroninya dalam agenda memeningkan kepala kedua bonda dan ayahandanya. Abangnya yang diberi nama Shyfurizal, pada ketika itu memang layak diberi jawatan sebagai abg long dengan kriteria² yang dimilikinya, dimana salah satunya dia mempunyai rambut yang terpacak yang menyerupai ala² jeneral bersara tentera jepun yang kalah ketika menyerang tanah melayu suatu ketika dulu kihkih...
Pada pertengahan tahun 1991, si anak kecil ini terasa sangat sedih kerana bondanya yang selama ini sering bermanja dan bermain² dengannya mengalami masalah kesihatan, sering kali anak kecil ini mengusap belakang bondanya ketika bondanya sering mengalami muntah² yang berlarutan, setelah genap usia si anak kecil ini 9 tahun, bermandikan limpahan kasih sayang dan bersiramkan kemanjaan. Tiba² pada bulan Mac di tahun 1992, bondanya dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh dimana sekarang telah diberi nama Hospital Bainun, pada bulan itu bersamaan 12hb iaitu awal sehari daripada tarikh lahir abg longnya lahirlah zuriat yang ketiga bagi pasangan bonda dan ayahandanya, puteri yang lahir pada hari itu telah dinamakan Nurul Wahida a.k.a Bashirah.